Pages

Thursday 31 December 2015

#roadtocintahalalNJ

#roadtocintahalalNJ

dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang :)

aku masih dalam flight,
transit dekat jeddah 3jam then baru fly back madinah,
di mana bermulanya segala kenangan indah.
bermulanya hijrah :)
untuk diri aku,
dan rasul ku.

vacation sebulan seminggu bagi aku pack,
almost setiap minggu aku takde dekat rumah,

pagi pergi kenduri,petang travel,malam sampai then pergi merayap,jumpa kawan,main dengan anak buah,pergi main extreme game,pergi bawa mama yayah honeymoon pergi lari join usrah santai sambung lagi pergi photoshoot then lari jumpa kawan2 tersayang (itupun masih tertinggal lagi yang x jumpee .. whuaa sorry gais,bukan sombong..xtentu arah aku ahahaha) 
tapi ---
tak pernah termasuk dalam list,
nurul hidayah zaini bertunang on 30/12/15. πŸ˜…
dan -- flight back aku ke negara rezeki ku 31/12/15.
naaahhhhhhh --- macam superpowerrr rasanya.

"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan." 
(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

entry ni aku dedicated untuk insan2 tersayang yang subhanallah banyak tolong aku synapsekn neuron2 aku bila aku tak mampu berfikir diluar kotak.

syukran katir ya Allah kerana memudahkan segalanya,
hampir segalanya dimudahkan bila menerima perkhabaran pertunangan ini,
rasanya kurang dari 12jam semua perkara dapat diselesaikan,
masha Allah,masih tak percaya semua urusan sekejap selesai dengan izin Allah.
nak lempang diri sendiri,sebab masih tak percaya! teheehhe 😁

buat parents kami,
syukran katirrr ya Allah kerana merestui kami.
ikutkan kami sendiri tak merancang semua ni,
tapi berkat doa semua perjalanan cinta halal kami hampir menjadi sempurna,
doakan kami mama yayah,ayah ma 😊
korang contoh tauladan percintaan kami nanti πŸ™ˆ

untuk adik beradik saya + dia tersayang,
terima kasih bantu kami yang masih culture shock lagi ,
alunz jadi photog,
kak muni tolong settlekan door gift + makanan,
fatin set up rumah + decoration,
kakak buat gubahan lari2 pergi beli barang hantaran,
ijah tolong bagi info,
macam2 laπŸ˜‚
boleh bayangkan tak semua macam bidan terjun tunjuk bakat masing2 πŸ˜‚
alahaiiii, tak terungkappp terima kasih itu.
bantu kami lagi ok time walimah kami kelak, maklumlahh kami anak merantau. ( alasan kukuh kuikuikui )

untuk sahabat tersayangg,
yang ni lagi x terhingga + x terbalas jasa !!
tolong buatkan hantaran,pinjam baju pinjam veil,pinjam dulang hantaran,follow pergi ke hulu kehilir sampai korang tak tidur malam alahaaaiiii bersalah rasanya πŸ˜…
big hug gaisss ! to all of you, ailebiuuuu lillahi taala .
you know who you are. yurp,the one who read this 😊

untuk saudara mara sahabat tetamu yang datang memeriahkan majlis semalam,
ya Allah terima kasihhh untuk semua hadiah dan doa dari kalian yang penting masa yang sanggup korang luangkan,sponsor pun ramai eventho saat genting teheheeeehee mekasihh sangat !
semoga Allah merahmati kalian dunia akhirat 😊

dan untuk setiap yang mendoakan kami,
yang tak mengenali kami,
sahabat alam maya kami,
sahabat dunia luar kami,
maaf sangat atas kekurangan,kami mohon doa kalian agar ikatan ini halal sampai syurga,
dimudahkan urusan pernikahan kelak.
insha allah ada rezeki kite jumpa time walimah nanti ok 😍

macam mana kami kenal ?
nak tau ke ?!? sape nakkk angkat tangan πŸ™‹πŸ».

nanti dah halal sy cerita lain entry. πŸ™ˆ nak bagi anak2 baca,mana la tau nyanyukk boleh refer dekat blogπŸ‘»

yang penting korang, dalam jodoh ni,
letak pengharapan pada Allah.
niatkan untuk dapat orang yang sayangkan kita kerana Allah,
bukan sebab dia cantik,bijak,manis dan berharta,
semua tu tak kekal lama.
kita cari bahagia dari manusia,tapi kita lupa yang memberi bahagia itu Allah yang Esa.
macam mana?
kita yang kena cari Tuhan dulu,
baru Allah hadiahkan orang yang dia janjikan di luh mahfuz . 
bila ? 
pelan pelan, masanya akan sampai.
jodoh kan rahsia Tuhan 😊
dan pertunangan ni, kami langsung tak rancang,
waallahukhairulmakirin -- Allah la sebaik2 perancang.

haii awakk, kalau awak baca ni, semoga awak bertabah la membaca sebab saya suka tulis karangan πŸ‘»
semoga kita terlindung dari fitnah dunia dan sentiasa mencari keberkatan Ilahi,sampai syurga ,
saling mempercayai dan menjaga batas ikhtilat sesuai dengan hubungan kita ,insha allahπŸ’ͺ
doakan yang baik baik untuk kami.
semoga Allah merahmati kalian.

aminnn 😊
              πŸ’‹nikah itu bukti cinta πŸ’‹

Wednesday 30 September 2015

luahan hati mama seorang jururawat .

hai assalamualaikum.

semenjak dua menjak ni busy, bila busy malas jugak nak hapdet blog.
bila malas teruiihh la takde idea siap lupa lagi info nak share apa.
short term memory loss.
ahahaha.

tapi pagi ni saya sendu sikit,
macam biasa la balik kerja keluar je ward saje gayut sambil jalan kaki nk balik rumah,
dengan mama selalu ajak nyembang, ajak gosip ajak nyanyii.

tapi harini isu,
mama ajak nangis pulak :')

mama :"adik, mama rasa takutt la tengok  cara fatin study tuk SPM. sambil bercakap dengan dinding, sambil berdiri, macam orang berdebat pun ade.mama sampai intai2 ingatkan ada orang datang rumah "

N : "mama check fatin tu mama, jangan sampai gilaaa Ahahaahahahahaha"

mama :"fatin tu selalu nak pengsan2 dekat sekolah,kurang darah merah,senggugut la. dia makan dah la sikit. suku pinggan je. dia cakap perut dia kecik."

N : "ahahahaha dia tu dah la kecik kurus, nanti lepas SPM amek doctor lagi la makan x tentu arah abez la dia lagi kerempengg kuikuikuii"

Mama: "mama ingat taknak dia jadi macam adik(panggilan aku) dengan baby(panggilan adik laki aku,amek course medic under uitm). mama takut lah nanti fatin sakit"

N:"eh knape mama cakap cenggitu plak? adik ok sihat je ni"

Mama:"taklah, sedih tau bila dengar adik angkat patient berat2,cuci berak kencing patient, baju kena darah,busy x sempat makan. tu kalau fatin jadi nurse macam engkau tu mana dia nak larat angkat patient, dia sendiri kecik kuruihhh,kalau dia tak makan tu cemana dia nak kerja nanti pengsan.mama nak dia kerja macam kak muni (kaka ipaq aku), sronok balik kerja ofiz hour, xpenat sangat.baby tu asyik on call je dekat hospital,ade class lagi...sobsobsobb T_T"  (mak aku nangis tersedu)

N :".................. urm, mama jangan la cakap cenggini, selalukan Allah akan sihatkan orang yang buat kerja ikhlas, lagipun adik suka apa jadi nurse,enjoyy je pergi kerja, tiap hari facing benda baru :P"

mama :sambil sedu dekat dlm fon "memangla mama tau engkau suka jadi nurse, tapi mama sedih la dik.kadang2 mama menyesal pulak suruh engkau jadi nurse,dulu kan engkau nak jadi engineer,pastu mama ingatkan keje nurse ni tak susah,dekat malaysia orang duk pandang rendah, kesian laaa."

N:".............allaa mama,nurse chill je tak heran pun janji patient hidup kitorang pun happy"

mama:" lagi sedih bila dengar ade penyakit berjangkit tu (mers cov), transfer dekat kawan2,kesian nurse kena penyakit dulu sebab tak tau patient tu ada sakit. bila dengar suara adik batuk2 dulu,mama rasa berdosaaa sangat suruh engkau jadi nurse.kalau tak mesti engkau x kena penyakit bahaya ni.mama taknak engkau sakit dik.mama takut la"sobsobsobb nangiss tak berhenti.

N:" mama, jangan la cakap cenggini,adik ok dah.kawan adik suma sihat kuat dah.mama doa laa yang baik2 mama,doa mama paling mustajabb tau"

mama:"mama memang selalu doa dikk.engkau tu jauh dik.mak mana yang x risau.mama memalam cakap dengan yayah lagi,mama rasa bersalah plak suruh engkau jadi nurse kerja berat2,mama taknak la fatin jadi nurse,biar dia jadi orang keje pejabat.eheehhe"

N:"ahahahaha,suruh la fatin jadi apa apa pun takpe la,janji kerje halal. tapi fatin tu pandai, rugi dia amek course kalau dia x minat. sedap ape kalau dia jadi doctor'doctor fatin najihah' hewhewhee"sambil kesat air mata tahan sedih dengar mama nangis.

.
.
.
aku tak tau la kenapa conversation kali ni sentap sangat. bila mak aku cakap dia rasa bersalah suruh aku jadi nurse sebab sedih tengok aku sakit (batuk je pun,just that time aku kena quarantine) ,then aku travel jauh takde depan mata dia,bila aku ngadu sakit pinggang angkat patient,penat la,lutut lari la time lari2 dalam ward,(aku ade multiple tear ACL) busy la bila ward kena langgar todak, and memacam lagi pengalaman rupanya dia sedih and simpan dalam hati.

tapi sebenarnye aku enjoy,tiap hari aku belajar benda baru.
aku share dengan dia,mama suka dengar,mama suka layan aku membebel,siap bagi nasihat suruh sabar bila aku hilang sabar dengan karenah patient.
memacam sampai aku pun tak sure dia faham ke aku cerita dengan term2 medic lagi,such a good listener :)

hai la ibu.
kasih ibu bawa ke syurga kan :)

macam biasa la aku laaa tiap kali raya ade hashtag #nurseperantau #teamrayaoversea #teambajurayaputih #

takde dalam gambar T_T

korang selalu kalau jumpa mak bapak korang seminggu sekali mesti banyak benda nak sembang kan.
paling tragis kalau yang medic staff duk jauh2, kes PJJ (perkahwinan jarak jauh).
aku selalu tengok kengkawan aku facetime,weechat skype dengan anak dorang,
dengar gayut memalam dengan hasben,
asek tengok video anak,
eventho dkt malaysia pun susah nak jumpe laki bini bila memasing keje shift.

sure sedih glerr lol.

adoiaii, gua tabik springgg aaaa pengorbanan korang !
mak rindu anak.
anak tak jumpa mak.
laki rindu bini.
haihhhh korang, kuat semangat ok !
sayunyaaaa PJJ . aku hati crackk .

ok bai korang .

Tuesday 7 July 2015

decoration Al-Quran and old book of islam for sedekah :)

hai assalamulaikum korang.

malam tadi hati ada sedih sikit,
kengkawan aku semua nak balik raya,besides almost 1 month kitorang busy nak mengejar keberkatan ramadhan,
so nak melepaskan kerinduan kitorang pergi mall then suddenly terpersona dengan satu program ni :)


tadaaaaaaa ~
cuba teka apa ni ?
ni adalah buku kandungan ayat suci Al-Quran yang dulunya telah rosak kulit buku.

aku xtau apa nama program ni dalam bahasa arab,
aku tengok ramai gadis2 buat decoration macam hantaran,
aku dengan alia pun sesibuk nak tengok amende yang best sangat,
then organizer tu offer dekat kami to join their program .

" join la kitorang, ente buat decoration dekat Al-Quran then Al-Quran tu pihak kami akan sedekahkan dekat negara Indonesia " ( dorang speak arabic, aku faham sesikit je )

aku dengan Alia ingat, kitorang kena beli Al-Quran, then deco ,then bagi sedekah dekat pusat islam indonesia, aku dengan alia pun exciteeeeeeeedddd giler la eventho kami takde bakat malah bakat kami berkarat.


nampak x kesungguhan kami buat deco ?!?! lupe yang glue gam tu panas gilerr, melecur jari terkejut panas . terus cakap ' adoi lia, panas dunia panas dunia ' berteraburr gelak.

ramai okay yang join buat, lagi creative, kitorang duk usha2 nak curi idea dorang.
ahahahha.

then , taaarraaaaa tarrraaa !
siap dah Al-Quran decoration kitorang buat .
amacam ??
takde la loser sangat kan kan kan ?
boleh la nak buat bakul hantaran πŸ˜…

bagi aku idea ni bernas giler kot.
sebab Al-Quran lama or buku yang ada ayat suci Al-Quran tu tak boleh dibuang sesuka hati, jadi bagus sangat Al-Quran lama, or buku lama ni kita decoration balik secara percuma untuk sedekahkan dekat negara islam yang lain.

jenngg jengg jenngggg !
buku ayat suci Al-Quran yang lain pun ada tauu !
bapak dan ibuk di indonesia sana,
kami kirimkan Al-Quran ini buat kamuu yaa.
harap kamu gembiraaa dan senang sekali dengan kiriman kami :)

balik malaysia nanti nak buat la,
dari program pegang anjing yang sibuk orang islam nak buat tu baik program pegang Al-Quran haa buat sedekah,

korang rasa ?!?
ahahahahahahahahaaa~

p/s : post ni banyak gambar alia bukan sebab alia rajin, tapi sebab nak merasa handphone baru . ciss, sailang owner ! wakakaka.

salam lailatul qadar korang :)



Saturday 13 June 2015

NURSE MANA YANG TAK SAYANGG PATIENT OIIIIIIIII !!

Hai assalamualaikum korang.
Aku menghadapi malam malam yang tough.
Semalam membungkus mayat, sambil mengajar beliau mengucap syahadah.
Goosebumpp jugak  bila arwah menghembuskan nafas terakhir selepas bisikkan kalimah syahadah sambil tangan non stop suction fresh blood from internal bleeding.
Menyembur nyembur dari hidung dan mulut siap terpercik kena kasut + uniform.
Haihh, tu jer laa kasut keje yg saya ada pakcik.
Pakcik bagi kenangan tuk dibawa pulang :)
Malam tadi beramai ramai pulak relative sakit time visiting hour,
Siap kena seizure ( sawan ).
Announce code blue, transfer ICU.
Isteri nak collapse, lari2 tolak wheelchair hantar pergi ER.
Pukul 4pagi budak 15tahun nak pengsan sebab x cukup tidur, hantar lagi pergi ER.
ahahaha, TOXICCCCC  !
So, sebelum tidur aku akan scrooll fb,msg dengan family, member,instagram,tweeter and segala macam network, sampai la aku terlelap.
Tapi ade blogger cuba sailang aku punye post dengan caption " NURSE YANG MENYAKITKAN HATI "
siap kengkawan aku share tag aku lagi.
Saspeennnnnnn giler kite awak buat cenggini !
But,
Such a huge thankful bro for the post !
i believe u got the point of view that all of the nurse thank for understanding our jobscope.
Syukran katir.
Btw korang mesti ade pengalaman dekat hospital kan,
Like a nurse,
Mesti ade beberapa patient yang korang takkan lupa kisah hidup dia.
And sempena ramadhan yang bakal menjelma ni,
Mind aku ter throwback few years back ago,
Time aku kerja dekat medical ward KPJ Damansara ( hai korangg, rindu kerja dengan korang wehh ).
-
--
---
----
-----
------
-------
--------
---------
----------
( kopipes caption from my own IG that dedicated to our beloved arwah wan elma balqis bt wan omar, Al - Fatihah )
Hai,assalamualaikum♡
Would like to share a story,
Hope it may spread some knowledge to all of readers.
and doa for arwah.
Its about an awesome and very motivated lady.
Which is i saluted her spirit.
How she survive her life,her pain and her tear.
everyday..
Every min..
Every second.
I dont know her,
But my medic team and i had been taking care of her few month ago.
She has been diagnose as cancer in stage 4 ( mass to multiple organ )
started with cancer cervix,she had been undergo for chemo + radiotherapy treament.
But,still....ALLAH saja yang lebih mngetahui.
Back to story why i impressed + saluted bout her?
Lets began with her life.
for me,
She,very gorgeous.
how i know ?? (I've been stalk her FB + Instagram secara haram,sorry)
that time she forgot her ifon password.
Aku dengan gigih laaaaa teka teka siap fokus lagi tiap kali dia cuba unlock .
Nasib aku bijak.
She walk around a world.
Very active,friendly,humble,soft spoken..sume yang baik2 la !
Then suddenly bad news come,
from very active person she turned up to bedridden,
now,try Imagine dekat pinggang u all ade satu rantai berat ikat,u can't move at all,
U can't turn,laying down all the time,
even nk sit  pun x boleh?
Angkat leher pun beban.
How u feel?
depressed glerrrrr kan!
mesti macam nak maki je semua orang yang tak faham kesakitan tu kan?!
everytime u assisted her to turn herself,u can heard crack at her backbone (i think)
BUT --
NOT HER !
she totally give co-operation.
very indipendence,
With full of patience,she try her best to do it by herself.
Memula makan pun suap sendiri.
Pampers pakai sendiri,
Sikit pun x susah kan kami.
Eventhough its take half an hour,tapi still she made it..
Wonderful kan?
( oh,sy sangat irritate with patient yang soooo x indipendence,nak amek remote dekat sebla telinga pun panggil nurse..u dont see ketabahan kak EL,boleh nangis kau tengok kesakitan dia)
Tapi,ALLAH lebih sayangkan dia.
she just passed away on 3/10/13.
Takziah buat family beliau yang tabah.
So,
To all ladies,
Have u heard bout "suntikan HPV" yg di war2kan kerajaan?
lets spend some money to our healthy,
boleh dapat secara FOC or bayar dekat private.
Tapi ape lah sangat wang ringgit compare dengan kesihatan kan?
I dont say arwah dont .. she do the best part of her,
Lets do our part..
prevent .. better than cure,right ?
" LETS AGAINSTS CERVIX CANCER EVEREYBODY"
and just ..
Take few second --
Just to sedekah Al-Fatihah to WAN ELMA BALQIS BT WAN OMAR.
-- dari Allah kita datang,kepadaNYA kita pulang --
[ TQ for en.adib for let me share bout ur awesome sister ( kak elma sitted on wheel chair), yang baik dari Allah,buruk dari saya - Nurul Hidayah Zaini - ]
Jazakallah ♡

Syukran katir for reading πŸ˜™
spreads the love !

Selamat berposeeee korang !

Sunday 12 April 2015

BANDUNG, INDONESIA --- TRANS STUDIO BANDUNG HERE WE GOOO

Hai assalamualaikum korang !!

Btw, bandung memang sangat terkenal as a tempat shoppink.
Tapi untuk aku yang pemalaihhh nak shoppink + adik aku yang still school lg,takkan dia memanjang nak pauu aku kn.

Meanwhile,kaka muni + mama plan nak repeat pasar baru + factory outlet + pekan jual barang kulit,kitorang buat escape plan.
So,kitorang decide nak merayapppp !
And here we are --- TRANS STUDIO BANDUNG,INDONESIA.

Such a wonderful welcoming us here ! Mascot and all the staff wearing such a lovely custom.

Kite sukkeeeee sangatttt !!!


Pintu masuk trans studio bandung , sebelah dengan shoppink mall.
Watching superheroes 4d movies !

Awwaaa,saya ta kuaaddd---

Gigih nak rock climbing eventho pakai jumpsuit. 

Got reward as a kong climber, sikit lagi nak reach the top. Gua gemuk, gua pancit.

Fatin,kita datang bukan nak enjoyyy je ok. Go and studyy biology ! Sini pun ada science center tauu.

Giannt swiinggg !

Kak, cantekk bangat jadi hantu kak.
aku rela digigit leher kalau hantu it serupa akak.

Got theatre ! But, not interested, main game main game main game.

On noon,dorang akan closed game for awhile sebab nak focus untuk perarakkan. Siryez lawwaaaaaaaa gilerrr weehhhh.
aku berlari lari follow mermaid naik roller blade tu dance.

Studio central,nice view kan .

And all the gift,fridge magnet and keychaiinnnnnn to keep the memoriesss.

Trans studio opening everyday from 9am - 10pm but in difference price.
Weekday : rp 170,000
Weekend : rp 270,000
VIP access : add rp 250,000 ( fast lane track )

Kitorang datang hari biasa,tak ramai orang,tak payah beratur panjang,siap boleh repeat banyak kali.
Kalau nak makan ,MEGA CASH ( tiket ) topup dengan duit,so boleh re-topup back mcm touch and go untuk beverage, food .

Trans studio ni ade 20ride that you could enjoy,and  siryezly same like genting indoor themepark or times square indoor themepark.
BUT, the yamaha racing coaster memang peeerrggghhh la weh.
Enjoy giler.
siappp reverseeee kau.

All the staff pulak lawa lawa and siryez polite gilerrrr dorang ni, i mean setiap kali game nak start dorang akan welcome us and say thank you for enjoy the ride.
aku siap cakap lagi,no wonder kawan laki aku kalau datang indon confirm sangkut sorang punye.
heee~
Aku ada laki nanti,tak mau datang indon, feelin insecure kauuuu.
ahahahahaaa~

So,aku highly recomended la korang kalau kasihankan anak anak korang yang dok mngekorrrrrr je korang shoppink,bagi la dorang enjoy sikit.
Aku yang da besar pun main sehariannnn.
Ahahahahaa~

Syukrannn katir for readinggg this guys.
Spreaddss the love !

BANDUNG ,INDONESIA --- TOKO TIGA + PASAR BARU HERE WE GOOO !

Hai korang, assalamualaikum !!

Da almost 2week aku sampai madinah,terus start kerja, hari ni baru free sikit nak godek gmba dlm lappy.
1month vacation rasanya x cukup nak memanja dengan family + meet up dgn geng.
Haih, ape bleh buat, hidup harus diteruskan ---

Btw, time cuti ritu once aku touch down malaysia, aku trus unpack and re-pack nk fly ke bandung dgn family.
Mama teringin sangattt nak datang bandung.
So kitorang plan for 5d4n.

Tapi x syioookkkkk aaa sebab adik laki aku takde, suruh ponteng class tak mauu !
Besides, umar hakim baru je discharge from hospital + alunz having high fever suddenly. Kesian glerrr .
Kaka ipar was struggling to take care for both sweetheart smbil memastikan our trip still going well.
Kaka ipar was superrrawesomee !

So,memandangkan kitorang dtg bawa baby kecil + mama + yayah yg xkuat nak jalan jauh.
So ktorang just upah supir for send us tempat ktorng nak visit.
Jadi ikut timing kitorang, settle !

Everyone know that bandung merupakan tempat shoppink with affordable price.
So,mama was sooo excited to start the journey.

1- TOKO TIGA

So,most likely tempat ni sangat popular dengan original jeans with affordable price. But for me, aku rasa jeans dia pattern biasa which i believe bleh dapat price lebih kurang dkt malysia. Macam jeans reject pun ada.
ahahahaa, sebna aku pun x power sangat menilai brg branded. Kekadang brg branded pun aku tak kenal, main beli je selagi pakaian tu selesa + menutup aurat,murah dan berpatutan. Mama yayah suka shoppink sini sebab ade size besar for them, besides beli banyak dapat discount and free keychainnnnn ! Boleh cut jeans and siap terus !

2 - PASAR BARU


Haaaaaa, korang nampak tak muka mama kita acaner ?!?! 
Ok, kitorang dekat PASAARRRRR BARUUU !
here, complex yang ade 8 floor,and every floor ade different items yang dorang jual.
Telekung, kain ela, branded items,handbag,shoes,handcraft, food, and memacam lagi la.
you just name it !
And lower priceee guyz !
Trust me !
Barang ratus ringgit dekat malaysia,boleh dapat bawah rm50 dekat sini.
mama + yayah sampai rambang mata,semua kedai disinggahnyaaaa ! 
Berpasang pasang kain ela + telekung mama borong.
handbag pun borong, penggsann !
Yayah lagi comel, jalan sesorang konon konon nak try jalan sendiri, tapi kena pau beli topi wak dgn price rm30 sebab yayah ingat murah bila dlm ratus ribu rupiah, harga sebenar tak sampai rm5. 
ahahahahaa~ 

Coz of dia ada banyak floor, we hired 1 porter for bring us kedai yg kiteorang nk pergi with best price.
nak tawaf kedai, mauuu patah kaki mama yayah kite jalan. Besides,takde la buang masa singgah kedai ke kedai survey price, sebab price lebih kurang or else mahal sikit je dari kedai yang bukan porter tunjuk.
so, we trust the best !
besides abang man ni pun lepas kitorang shoppink dia terus simpan barang dalam van. 
Penuh tangan bawa barang !
One moment tu, sebab banyak sangat mama shoppink sampai mama tertinggal 1bag dekat kedai, ktorang pun tak prasan barang tu hilang.tapi abang man aware terus cari 1complex barang mama tu.
dedikasi gilerrr !

tips datang sini :-
- Korang kena datang awal pagi, so that dapat harga pecah telur ! Orang kata datang bawa rezeki kan.
- careful dengan pencopet dekat sini, dorang sangat power !
- bijak berbelanja + mengira. Tolong kirakan tuk mak ayah kite sekali ok, sebab dorang akan happy membeli belah tanpa perasan ratus ribu rupiah tu lagi mahal dari harga sebenar. Ahahahaa ~
- plan dulu nak cari apa, klau tak terpusing pusing turun naik complex.
-beli borong + weeding items highly recomended shoppink sini, kain murah bhai.

Sunday 8 March 2015

ACANER NAK KERJA DEKAT SAUDI ?!?


Hi, assalamualaikum korang.

Ni super fast entry aku try haplod.
aku baru few hour touch down malaysia,
tengahari tadi baru balik dari bandung,
tetiba macam nak demam.

So,aku lelepak depan PC alunz sambil scroll email and comment.
ramai sangat tanya how nak fly datang saudi ?
best ke datang saudi ?
hohohohoo ~
sorry for late respond korang .
busyyyyyyyyy sikit .

so,
ni aku tulis based on my experience la.
orang lain,maybe lain flow dia.
ikut korang la nk follow saper kan :P

1. AGENCY YANG AMANAH FATONAH.
 memacam agency yang ada for outside job especially dekat oversea.
 aku pernah hantar dekat 2 company jer, FirestarServices + MeloritaHealthcare , rasanya banyak lagi yang baru, tapi ikut kata hati kau la sevice mana ko berkenan .

Aku aim, cukup 3 tahun nak fly,
2 tahun setengah aku da survey2 nak pakai agency ape.
aku hantar resume dekat dua2 company, then follow up, sampai serabut pale dorang.
ahahaha ~
kebetulan bestpreng aku Monalisa dapat fly ke jeddah, lagi senang nak refer.
And Alhamdulillah Firestar offer few month before aku genap 3year working.
basic selalu 3 year experience dorang nak, tapi ikut lucky la.
ko hantar cepat, lagi cepat la dorang proceed.
tak cube tak tahu kan :)

2. COMPLETE DOCUMENT

Start dari korang graduate tolong la simpan semua document macam :-

  • diploma / bachelor / master in nursing
  • transcript of training
  • post basic
  • nursing registration 
  • nursing license 
  • SPM certificate
PENTING GILERRRRR WEH !! buat kopipes original dgn fotostat banyak sikit, senang.

3. FOLLOW UP

make sure la henpong ko selalu update gmail.
senang nk follow up email. :P
and follow up agent yang uruskan resume korang ke oversea.
once korang dah selected korang kena seat exam .
GRAMMAR + LISTENING.
da lulus dengan bergaya baru lah proceed the rest for application.
aku dapat agent yang settlekan semua sekali, visa, tiket, sampai surat resign pun dia tolong bg draft.
siap tolong follow up semua sekali, yang aku tau da settle , bayar .
nothing for free bro !
by the way, korang bleh demand tau nak pergi mana .
ye la, tempat korang nak kerja kan,  dapat dekat ceruk kampung ko bleh request to refuse.
kot la korang kaki shoopink,mau mati katak terperuk oi. 

4. KERJA LAMA
suggestion aku jangan la berhenti kerja selagi tak dapat offer letter or takde exact date nak fly.
takut delay, tak pasal je menganggur.
except la korang memang nk lelepak dekat rumah kan.

5. SELECTED !

congratz korang da selected ! 
meh baca entry aku yang ni plak . 
da lama aku hapdet sebnanya.
nanti panic plak nak bawa apa g saudi , sama macam aku dulu2 .
AHAHAHAHAA ~ke saudi ke kitaa nak bawa ape haaaa

hope so dapat membantu la korang,
simple je kan ?
Sama macam time memula kita nak apply minta kerja.
papepun, doa semoga dimudahkan urusan dunia akhirat.
niat g sana nak buat baik, replace jasa mak bapak,
tolong hubby + family.
biiznillah dimudahkan semua urusan.

hokeyh korang !
spreads the love if its helping !
sedikit ilmu tuk korang yg nak something challenging and explore the world !
gambateee !

syukran katirrrrr for reading !
ailebiiuuuuuu :*


MAKING A BIG LIFE CHANGE IS SCARY --- 
BUT DO YOU KNOW WHAT'S EVEN SCARIER ?

" REGRET ! "


Friday 27 February 2015

AKU PEMEGANG MASTER KEHIDUPAN :)

hi assalamualaikum.

aku tgh duduk duduk tunggu flight,
few hour before fly back to malaysia,
aku x dapat tidur sgt,
sbb neuron dalam kepala hotak aku non stop synapse each other sana sini plan ape yg nak buat jap lg,
maklumla, kena travel sorang.
anxiouss gler lol.

well,
sambil duduk2 aku dok perhati je surround aku.
lama rasanya tak buat perangai layan perasaan cenggini.
selalu aku dengan geng aku dok merayap midnite dlm kereta pusing2 damansara - kl layan view tgk karenah org sambil pasang lagu kuat2,buka tingkap, pergh .. heaven . ( heaven ke ? ) .
tetiba aku terflashback zaman aku yang dulu ---
dan aku yang sekarang .

aku yg dulu bukan orang alim.
sekarang pun masih bukan.
tapi untuk aku hidup dan jadi seperti manusia sekarang,
sejujurnya tak pernah aku bayangkan.
dan untuk itu,
aku amat berterima kasih dkt mama yayah + family aku.
untuk rasa sabar mendidik aku jadi MANUSIA.

aku rasa anak no 2 ni mmg ada 'pe'el' dia yg rare sikit,
maybe internal conflict.
sape setuju ?!? hands up !!!!
AHAHAHAHAAA~

dulu,
time aku naif lagi,
aku selalu fikir mama lebih sygkan abg + adik aku.
besides,asek kerja je.
so, untuk aku attract attention dia, aku masuk memacam pertandingan dekat sekolah.
7hari seminggu aku pergi sekolah.
nasyid,bercerita kisah nabi,debate,koir, netball, silat memacam lagi la,sume aku kejar, kononnye bila aku menang, dorang will be proud of me.
dlm academic, mama yayah suka cakap "adik exam dpt no 1-3, mama hadiahkn this and that !"
of coz aku semangat, tuk nak dapatkn reward,aku kne kerja kerasss.
bila aku dapat hadiah basikal,anak patung besarrr, perghhh heavenn giler rasa !

then,
bila da besar baru aku tahu, mama yayah dont educate us to be rich. but their educate us to be happy,later we will know the value of things,not the price. price of effort !
eventho nak beli something pun, u put effort by working part time,bila cuti sem je aku cari kerja parttime, baru dapat beli gadget. mmg sampai jahanam la klo pakai handfon, tapi memang puas hati la. ahahahaa ~
thanks mama yayah :)

btw,since aku teenage, aku asek kena marah,pukul  untuk mcm2 mende mengarut aku buat.
tp mmg salah aku pun. cari penyakit kan.ahahahaa~
buang masa weenngg weenngg moto kesana kesini x reti2 nak balik, anak dara perangai ya Rabbi kalah anak jantan dia.
accident lagi, haihhh.
melebihkan kawan dari org tua.
konon aku jugak yg betul untuk perangai remaja yg aku buat.
dan aku tahu, dah byk kali mama menangis sebab melayan karenah aku.
dan time tu, hati aku mcm batu.
sadiss ---

dan benarlah kata orang,
hidup x selalunya indah, langit x selalu cerah.
bila aku yg selalu diatas tetiba apa yg aku aim dlm exam x dpt.
tersenyap aku dekat hall time amek result.
dan time tu ... hanya ada bahu mama tempat aku meluah menangis teresak esak.
dan gagal dlm hidup tu la dah berikan aku manis :)

bila otak aku dh function well then summarize sume,
baru aku realized,
mama yayah sayangkan anak2 dia semua sama.
takde lebih takde kurang cukup harta dunia akhirat mama yayah bagi. adil . cuma tak serupa penyampaian.
bila aku ada anak nanti mesti aku faham kenapa sayang sama,tapi x serupa.

aku ingat lagi,
aku kena rotan dekat kaki + badan pakai hanger baju,dari single hanger smpai mama triple kan, patah weh semua hanger tu.
aku senyap je. no respon. menangis tak .melawan pun tak.
then mama pakai hanger besi tebal tu sampai bengkok, last last mama terduduk menangis.
" adik x kesian ke dekat mama yayah kerja siang malam nak hantar adik pergi sekolah,beli buku,pergi tuisyen, tapi adik bagi result cenggini dekat mama?"
( aku rasa time tu aku peksa dpt no 7 kot )
tapi, bila aku nampak mama terduduk menangis,hilang sakit badan kena rotan, aku sakit hati dengan diri sndri. menitik air mata aku . I thought our parents will never understand our struggles, but im totally wrong ! the truth is they invest their time to make sure we never understand their. sobb sobb soobb. T_T.

now,
here i belong, madinah :)
marah + sayang mama yayah la buat adik jadi manusia berjaya sejauh ni. kenot imagine ok boleh fly time muda and gain money, adik belajar membesar dari pengalaman. Allahuakhbar, terima kasih hadiahkan mama yayah terbaik tuk aku.
berikan kehidupan yang baik dan buatkan aku jadi pemilik MASTER KEHIDUPAN ;)

tak sabar nak ketemu mama yayah,alunz,kak muni,umar,baby,fatin.
jaga jaga, cikngah nak balikkk ni !!!

syukran katirrr for reading guyz.
pray for my safe flight today beb.
cikngah nebezz kena lari lari cari gate kejar time transit ,alahai !

ailebiiuuu..

Monday 9 February 2015

BAGUS SANGAT KE JADI NURSE !?!?

assalamualaikum.

aku baru bangun dari tidur yang panjang.
sebab cuti .
ahahaha~

lalu aku scrool scrool tweeter + fb + instagram.
follow up keadaan semasa dunia,
terutama dekat malaysia.
dan aku tertarik dengan post "nurse gaji murah,kerja macam sampah"
marah betul nampak ehhhh hakak ni.
hangin adik baca .

hurm,
aku bukan x biasa baca rakyat malaysia post pasal kerja nurse bagai hina dan keji.
dah boring, tapi rasanya tergerak jari jemari aku ni tulis apa rasanya jadi nurse ni.

KALAU ---
kerja nurse ni datang kerja gelak huuhaahuuhaaa pastu bg ubat pastu hantar patient pergi xray pastu ikut doctor round pastu makan pastu huhuuhhaaahuhaa pastu balik, PPPEEERRGGHHH . enjoy siot.

HAKIKATNYA ---
tidak sama sekali.
nehi. kabi nehi !

mentality mungkin da set up kerja nurse tukang cuci berak kencing, bagi makan org tua, betulkan channel tv ward, komplen makanan tak sedap,tukar cadar katil,
siryez talk eeh, time student dlu kitaorang tak belajar okeh nk cuci najis bagai,takde dalam topik exam, takde dlm cross book . kalau ikut hati, ape ade hal,bukan mak apak aku,bukan muhrim saudara mara aku.

semua masalah korang dari tv takde siaran astro sampai la handpon korang takder charger kami tolong fikirkan, buat atas dasar KEMANUSIAAN.

aku sedih lol tgk orang tua tertiarap dalam toilet, terberak, terkencing, dan anak cekak pinggang, jauuuuuuhhhh berdiri, taknak pegang, geli.
nurse lari2, panik.
mak yang tergolek tangan bernajis pegang lengan nurse, minta pimpin,nak bangun .. anak sambung balik tidur.
haihhh --- fast forward beb.
letak diri kita jadi mak yg tergolek terberak terkencing,
kita ada ank muka cantik ya rabbi,
tapi kita nk minta tolong pimpin pun dia rasa geli.
apa rasanya ye ?!?
terbuka aurat mak apak depan yg bukan mahram.
kesian mak apak weh.
rasa macam nak menyumpah tak anak cenggini ?
tapi apsal nak ngamuk dekat nurse jugak ?
bukan ke nurse dah tolong pegang pimpin mak,naikkan siderail katil mak . taknak mak jatuh tergolek dari katil yg kecik tu.
fikirkan !

nurse ni banyak benda nak fikir.
anak,bini, laki, mak ayah yang jauh di perantau lagi .
korang ingat, nurse kerja mcm robot,bertindak mengikut arahan,dalam kepala otak fikir pasal habis kerja nk shoppink pergi dating, spa ?
tidak sama sekali tidak.

dalam kepala dia, perbualan sehari dia dengan geng2 dia,dgn mak bapak dia,boypreng dia 80% cakap pasal patient. 20% lagi makan tidur enjoy.
sebab separuh hari dia hidup jaga nyawa patient yg bukan sesapa pun dgn dia.
nk ingt procedure ape plan for patient, patient complaint pening,penat, kepala otak terus fikir *jeng .. mcm pelik je pakcik ni harini*
check vital sign,GCS, blood test,result scan, ape kaitan BP tinggi dengan sudden patient ade melena stool . mana plk dtg internal bleeding ni? tapi HB normal,VBG normal,nak tranfuse drh ke? muntah klua bile color. haaa~ serabut tak baca ?
u know, nurse is a eye,ear,hand of doctor.
setiap mende yg happen dgn patient first responder is nurse.
nurse yg baik selalunye ada 6th sense bout their patient.
batuk bunyi lain pun nurse dpt detect *jeng .. mcm pelik je pkcik ni*
doctor and nurse and all medical team we are supporting each other,
dan kau sape nak hina hina nurse kerja mcm sampah ?!?

gaji nurse memang murah.
siryez.
takat rate standard 2k sebulan,tuk service suap mkn, cuci najis, jg kesihatan mak apak korang yg dah melarat, terima makian korang,elok kami yg cntik molek ni jd escort VIP. ahahahaa~
tapi kami tak pandang kot semua tu, malah kami redha ikhlas dan yakin pulangan kepenatan kami tu kelak Allah janjikan pahala yg berlipat ganda.
kami hari2 datang kerja melawat org sakit, insha Allah dah dijanjikan pahala,malah memberi makan org tua,ringankan beban dorang, cuci luka, cuci berak kencing,baby muntah dkt baju nurse,pakcik terkencing dekat kasut nurse kami still boleh senyum gelak sebab adat bekerja . apa yang kami risaukan lagi ?
Allah memandang mulia keikhlasan kami dah cukup baik kan ?

dan,
manusia mana yg tak lari dari buat kesilapan ?
nurse pun manusia biasa.
doctor,engineer,banker,architect pun pernh buat silap.
dan setiap individu pun tahu tiada siapa pun yang sempurna dalam dunia. diri sendiri terutamanya.
andai ade relatives, mak ayah korang yang meninggal, terima dengan tabah dan redha.
bukan sebab nurse or doctor yang tak pandai jaga.
tapi sebab ajal beliau Allah kata da sampai masanya di dunia.
aku sendiri pernah salahkan diri aku sebab aku insert ryles tube feeding,then few second arwah passed away.
sedangkan dah berpuluh orang aku insert tube,ni first time jd cmni.
time tu aku nak buat copetency, Allah nak selamatkan aku agaknya time tu aku buat depan cikgu aku. berlari cikgu aku announce code blue. resus terlama pernah buat. tapi Allah sygkan arwah.malah, Alhamdulillah family member pun redha arwah pergi .
siap say Alhamdulillah coz Allah sygkan arwah,jemput arwah.
bila fikir balik, arwah sgt suffer dehydrate kering kontang bdn, may also lead tu deathness either.
Allah nk tunjuk mati tu datang dari macam2 cara.
kita sebagai hambaNya kita ingat mati itu pasti. kita pasti mati.
itu kan dalam rukun iman , terima qada' dan qadar :)

so,
to all staff nurse out there.
BE STRONG ! BE BRAVE ! BE HONEST ! BE IKHLAS FISABILILLAH !
yang bukan staff nurse or medical team pun,
lets respect each other carier.
setiap pekerjaan itu adalah rezeki yg halal untuk keluarga.
bukanlah kerja kita menghina,sebaliknya saling membantu terutama untuk kesihatan ahli keluarga kita.

Allah tahu apa kita buat untuk pesakit yg kita jaga kesihatannya.
niatkan dalam diri, jika bukan kebaikan dan pahala itu untuk diri kita, salurkan pahala dan kebaikan kita kepada keluarga yang kita syg,agar bila kita tak dapat menjaga keluarga kita, nurse lain pun akan buat perkara yg sama dr kebaikan yg kita bagi dekat orang lain .

chillll staff nurse ,you are superwomen and superawesome ~

syukran katir for readin this :)
ailebiu.
ahahahhhahhaaaa~